XPERT GADGET

Rupa Paras ASUS ROG Phone 6D dan ROG Phone 6D Ultimate Tertiris di Internet

Share this :

Generasi ASUS ROG Phone sudah pun memasuki generasi ke-5, dengan generasi paling baharu untuk model ini adalah ROG Phone 6. Model paling baharu ini baru sahaja dilancarkan pada Julai tahun ini dengan 2 varian, iaitu ROG Phone 6 dan ROG Phone 6 Pro. Kedua-dua model ini kelihatan hampir serupa, dengan rekaan ikonik ROG Phone yang masih dikekalkan. Antara persamaan kedua-dua model ini adalah, kedua-duanya menggunakan cip pemproses Snapdragon 8 Gen1, yang merupakan cip pemproses kelas flagship keluaran Qualcomm pada tahun ini.

Meskipun ROG Phone 6 baru sahaja dilancarkan pada Julai lalu, ASUS telah pun mengesahkan satu lagi varian ROG Phone 6 akan dilancarkan pada 19 September ini, dan dinamakan sebagai ROG Phone 6D Ultimate. ASUS juga menyatakan fon ini dikuasakan oleh cip pemproses MediaTek Dimensity 9000+ yang berkuasa tinggi.

Beberapa minggu sebelum pelancaran ROG Phone 6D Ultimate, imej pengolokan fon ini telah pun tertiris di internet. Gambar yang tertiris itu mempamerkan 2 model baharu akan dilancarkan oleh ASUS pada 19 September ini, iaitu ROG Phone 6D dan ROG Phone 6D Ultimate. Dari segi rekaan, ROG Phone 6D dan ROG Phone 6D Ultimate agak mirip dan mempunyai perbezaan rekaan yang tidak begitu ketara. Pada bahagian belakang, ROG Phone 6D mempunyai ciri yang sama seperti ROG Phone 6, iaitu mempunyai logo ROG. Manakala ROG Phone 6D Ultimate pula mempunyai ciri yang sama dengan ROG Phone 6 Pro yang dipasangkan dengan paparan OLED pada bahagian belakangnya.

Spesifikasi penuh kedua-dua fon ini masih belum diumumkan oleh ASUS. Kemungkinan besar ROG Phone 6D turut akan dikuasakan oleh cip pemproses MediaTek Dimensity 9000+ yang sama seperti ROG Phone 6D Ultimate.

Share this :

Leave a Comment

Your email address will not be published.