XPERT GADGET

Rupa Paras Honor 90 dan Honor 90 Terdedah. Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Share this :

Mei tahun lalu Honor telah melancarkan siri Honor 70. Siri ini merangkumi 4 model, iaitu Honor 70 lite, Honor 70, Honor 70 Pro, dan Honor 70 Pro+. Namun, hanya Honor 70 yang merupakan peranti kelas pertengahan-premium menembusi pasaran tempatan. Model ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan untuk pasaran Malaysia kerana harganya yang tidak terlalu mahal, rupa paras yang cantik, dan spesifikasi yang amat memuaskan di dalam kelasnya.

Bulan November pada tahun yang sama, Honor telah melancarkan siri Honor 80. Siri Honor 80 ini merangkumi Honor 80, Honor 80 SE, Honor 80 GT, Honor 80 Pro, dan Honor 80 Pro Flat. Namun, tiada satu pun model daripada siri Honor 80 ini dijual di pasaran Malaysia.

Terkini, Honor dikhabarkan bakal melancarkan model terbaharu mereka, iaitu Honor 90. Siri ini dikhabarkan merangkumi Honor 90 dan Honor 90 Pro yang bakal dilancarkan pada 29 Mei 2023 ini bagi menggantikan Honor 80 dan Honor 70.

Rekaan yang dibawa pada siri ini tidak menampilkan perubahan ketara. Sebaliknya, falsafah rekaan Honor 70 masih dikekalkan bagi mengekalkan identiti jenama ini. Honor 90 dilihat mempunyai rekaan mirip Honor 70. Manakala Honor 90 Pro dilihat mempunyai kamera seakan-akan hexagon dan rekaan belakang dwi-tona yang kelihatan cukup cantik dan unik.

Honor 90 Pro dikatakan hanya akan mengekalkan cip pemproses yang sama dengan Honor 80 Pro, iaitu Snapdragon 8+ Gen 1, dan turut mengekalkan kamera buatan Samsung, iaitu Samsung ISOCELL HP3 200MP. Antara penaiktarafan yang dikenalpasti adalah peningkatan kuasa pengecasan pantas dari 66W kepada 90W.

Share this :

Leave a Comment

Your email address will not be published.