Xpert Gadget Mobile Phone Repair Specialist

Samsung Bakal Membina Kilang di Texas

Share this :

Amerika Syarikat (AS) dilihat begitu keras terhadap Huawei, yang mana kerajaan telah meletakkan Huawei di dalam Entity Lists, yang mana semua syarikat yang telah berada di dalam senarai ini telah disenarai hitam daripada berdagang dan berurusan dengan syarikat yang berpengkalan di AS, dan syarikat yang menggunakan teknologi yang dipatenkan di AS. Kes senarai hitam ini bermula sejak era Donald Trump, dan berlanjutan sehingga era pemerintahan Joe Biden.

Namun, AS tidak berkeras dengan Samsung, yang merupakan jenama dari Korea Selatan. Gergasi dari Korea Selatan ini terus kukuh untuk berdagang di AS tanpa dikenakan apa-apa sekatan. Fon-fon flagship Samsung pula dijual di AS dengan cip Snapdragon, sebuah cip yang dikeluarkan oleh Qualcomm, yang merupakan syarikat dari AS. Manaka Huawei tidak lagi dibenarkan menjual barang mereka di AS.

Terbaru, Samsung secara rasminya mengumumkan mereka bakal membina sebuah kilang penghasilan cip di Taylor, Texas. Kos pembinaan kilang tersebut dianggarkan bernilai $17 bilion. Kilang tersebut bakal membuka 2000 peluang pekerjaan dalam penghasilan cip 5G, perkakasan kecerdasan buatan, dan teknologi tinggi dalam bidang perkomputeran. Kilang tersebut bakal dibina pada tahun 2022, dan dijangka akan siap dibina 2 tahun kemudian.

Samsung telah memilih Taylor yang bertempat di Texas adalah disebabkan oleh faktor komuniti, infrastruktur pada kawasan tersebut, dan sokongan padu daripada kerajaan setempat. Dengan keberadaan kilang ini, Samsung dijangka akan mengukuhkan lagi hubungan dengan kerajaan AS. Diharapkan, apa yang telah menimpa Huawei tidak menjadi mimpi ngeri buat Samsung. Apa yang lebih utama, kilang ini dilihat dapat mengurangkan masalah kekurangan cip global seperti yang sedang berlaku pada hari ini.

Share this :

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *