Xpert Gadget Mobile Phone Repair Specialist

Samsung Display Menjadi Pembekal utama SKrin iPhone 14

Share this :

Menurut Ross Young dari DSCC (Display Supply Chain Consultants), Apple telah menjadikan Samsung Display sebagai pembekal utama skrin untuk siri iPhone 14 yang bakal dilancarkan bulan hadapan. Menurut beliau, Samsung mendominasi 82% daripada keseluruhan pembekalan skrin. 12% bekalan skrin adalah dari Korea Selatan juga, iaitu daripada LG. Baki 8% dimiliki oleh BOE yang merupakan pembekal skrin dari China.

Skrin daripada BOE ini akan dipasang pada iPhone 14 sahaja, bukan pada versi iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max. iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max pada asalnya hanya akan dipasangkan dengan skrin daripada Samsung Display sahaja. Namun, LG akan turut membekalkan skrin untuk iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max menjelang awal September.

Ross Young turut menyatakan sebanyak 1.8 juta unit panel skrin telah dihantar dari pengilang kepada pusat pemasangan iPhone pada Julai 2022, lebih 10 juta unit pada Ogos, dan 16.5 juta unit panel skrin pada September. Ini bermaksud, Apple telah bersedia untuk menjual sebanyak 34 juta unit siri iPhone 14 menjelang 3 bulan pertama penjualan siri iPhone 14.

Apple telah menjadualkan untuk melancarkan siri iPhone 14 termasuk iPhone 14, iPhone 14 Max, iPhone 14 Pro, dan iPhone 14 Pro Max pada 7 September waktu California, Amerika Syarikat bagi menggantikan siri iPhone 13. Khabar angin bertiup kencang menyatakan iPhone kali ini tidak akan menampakkan kehadiran iPhone 14 mini, memandangkan iPhone 13 mini mempunyai permintaan yang kurang hangat.

Bercakap berkaitan skrin siri iPhone 14 ini lagi, beberapa gambar tertiris menunjukkan iPhone 14 Max, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro tidak lagi menggunakan rekaan skrin bertakuk seperti sebelum ini. Manakala iPhone 14 masih lagi menggunakan skrin bertakuk.

Share this :

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *