Xpert Gadget Mobile Phone Repair Specialist

Samsung Galaxy S23 Ultra Bakal Hadir dengan Kamera 200MP dan Rekaan Persis Galaxy S22 Ultra

Share this :

Selain daripada menghasilkan panel skrin OLED dan AMOLED terbaik, Samsung juga sebaris dengan Sony dalam penghasilan modul kamera. Jika Sony menghasilkan sensor kamera Sony IMX, Samsung pula menghasilkan kamera Samsung ISOCELL.

Kamera 200MP pertama yang dicipta adalah daripada Samsung sendiri, iaitu Samsung ISOCELL HP1. Modul kamera ini telah pun dipasarkan, dan Xiaomi 12T Pro adalah fon dengan kamera 200MP pertama di Malaysia, yang mana Xiaomi 12T Pro menggunakan kamera Samsung ISOCELL HP1 200MP. Samsung Galaxy S23 Ultra juga dikhabarkan bakal dimuatkan dengan kamera 200MP, namun ada kemungkinan bukan Samsung ISOCELL HP1. Mungkin ISOCELL HP2 atau HP3. Ini menjadikan peningkatan resolusi kamera hampir 100% jika dibandingkan dengan resolusi kamera Galaxy S22 Ultra yang menggunakan resolusi kamera 108MP.

Kamera terbaharu ciptaan Samsung Galaxy S23 Ultra ini juga dikhabarkan mempunyai ciri zum yang jauh lebih baik daripada ciri zum yang terdapat pada Galaxy S22 Ultra.

Pun begitu, seperti yang telah ditiriskan sebelum ini, rekaan Galaxy S23 Ultra ini salin tak tumpah dengan Galaxy S22 Ultra. Tiada perbezaan ketara, kerana apa yang berubah cumalah diameter kamera belakang, dan dagu skrin yang dikecilkan bagi menjadikan skrin lebih luas.

Galaxy S23 Ultra bakal dijual pada awal tahun hadapan — sama ada pada bulan Januari atau Februari.

Share this :

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *