XPERT GADGET

Selepas Pro Stand, Apple Mencipta ‘Hype’ dengan Apple Polishing Cloth

Share this :

Apple memang cukup terkenal dengan ‘hyper marketing’ mereka. Apa sahaja produk yang dilancarkan akan menjadi perhatian dan bahan bualan ramai. Setelah menjadi buah mulut ramai, produk-produk mereka akan diulas di saluran media sosial seperti YouTube, Facebook, Twitter, TikTok, dan sebagainya. Hasil ulasan ini, ramai yang berminat untuk memilikinya walaupun harganya sangat mahal, dan boleh dikatakan tak masuk akal.

Lazimnya mereka tetap akan membelinya kerana merasa bangga dengan logo Apple yang terpampang. Logo Apple ini menjadi satu simbol kebanggaan menyebabkan mereka sanggup berhabis duit meskipun barang yang lebih kurang sama dengan harga yang lebih murah dijual oleh jenama lain ada di pasaran.

Beberapa tahun lalu, Apple melancarkan pemegang monitor Apple Pro Display XDR yang dinamakan sebagai Pro Stand dengan harga RM4499. Harga pemegang ini sahaja sudah boleh digunakan untuk membeli iPhone dan juga MacBook Air. Justeru, harga produk ini menjadi buah mulut ramai orang, dan sesetenga pengguna tetap akan membelinya. Inilah matlamat Apple, mereka menggunakan strategi seperti ini untuk menjadi buah mulut, lalu buah mulut ini dtitukarkan kepada keuntungan.

Bukan itu sahaja, malah VESA Mount Adapter yang merupakan penyesuai untuk Apple Pro Display XDR turut dijual pada tanda harga yang amat premium, iaitu RM899 setiap satu. Apple Pro Display XDR tidak didatangkan dengan apa-apa pemegang. Maka, tidak dapat tidak, pengguna Apple Pro Display XDR ‘terpaksa’ mengeluarkan lagi RM899 untuk membeli penyesuai lekapan ini.

Terbaru, Apple telah mengeluarkan kain pengelap microfiber dengan tanda harga RM99 sehelai. Kain ini mempunyai 2 lapisan kain microfiber yang dijahit kemas. Pada bucu kain ini, terdapat logo Apple yang menjadi kebanggaan ramai. Namun, kain yang berharga RM99 ini hanya bersaizn sekecil 16cm x 16cm sahaja. Turut disertakan adalah kotak jualan berwarna putih, yang simbolik dengan imej Apple yang mengetengahkan elemen yang bersih dan ringkas.

Nampaknya Apple memang amat bijak dalam melancarkan ‘hype marketing’. Apa sahaja yang mereka jual pasti akan dibeli oleh peminat tegar jenama ini walaupun harganya amat mahal dan tidak terjangkau dek akal. Walhal, ada sahaja kain microfiber lain yang lebih murah, lebih besar pada tanda harga yang lebih rendah, contohnya kain microfiber berkualiti tinggi dan premium seperti yang dijual oleh jenama Norwex.

Share this :

Leave a Comment

Your email address will not be published.