XPERT GADGET

Snapdragon 8 Gen 2 For Galaxy: Khusus Buat Siri Samsung Galaxy S23

Share this :

Menjelang pelancaran siri Samsung Galaxy S23 pada awal Februari ini, sudah banyak maklumat ditiriskan di internet, termasuk rekaan dan beberapa spesifikasi utama fon ini. Rekaan fon ini telahpun tertiris sepenuhnya sebelum Samsung melancarkan fon ini secara rasmi. Bermaksud kita tidak lagi perlu ternanti-nanti akan rekaan yang bakal dijelmakan.

Terbaru, pemilik akaun Twitter Roland Quandt telah memberikan maklumat bahawa siri Galaxy S23 kali ini bakal dikuasakan oleh cip khusus untuk Galaxy S23, iaitu Snapdragon 8 Gen2 For Galaxy. Cip pemproses keluaran Qualcomm ini dikatakan mempunyai teras istimewa yang dikatakan lebih berprestasi tinggi berbanding Snapdragon 8 Gen2 yang biasa. Namun, ini semua hanyalah di atas kertas dan belum lagi diberikan pandangan dan ulasan oleh para pengguna.

Untuk rekod, cip buatan Samsung termasuk Samsung Exynos dan juga Snapdragon sering menemui masalah suhu yang sama sekali memberikan kesan terhadap prestasi dan kecekapan menguruskan bateri. Contohnya, Snapdragon 8 Gen1 yang dikilangkan oleh Samsung mempunyai masalah cepat panas. Manakala Snapdragon 8+ Gen1 yang dikilangkan oleh syarikat semikonduktor Taiwan, TSMC tidak mempunyai isu suhu panas.

Seandainya masalah suhu masih lagi membelenggu cip pemproses buatan Samsung, buatan cip pemproses seharusnya diberikan kepada TSMC sahaja, yang dilihat lebih pakar dalam menghasilkan produk semikonduktor

Share this :

Leave a Comment

Your email address will not be published.