Xpert Gadget Mobile Phone Repair

Tablet Flagship Samsung Bakal Hadir dengan 3 Varian Berbeza

Share this :

Selain daripada iPad, Samsung juga menghasilkan tablet berkuasa tinggi bagi memenuhi keperluan mereka yang gemarkan tablet canggih Android. Siri tablet flasghip Samsung lazimnya menggunakan penjenamaan Galaxy Tab S. Kali terakhir Samsung melancarkan tablet flagship mereka adalah pada tahun 2020. Pada tahun itu, Samsung Galaxy Tab S7+ dilancarkan sebagai tablet flagship yang dikuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 865+.

Untuk tahun ini, WinFuture telah melaporkan Samsung bakal melancarkan 3 tablet flagship sekaligus setelah lebih setahun tidak melancarkan tablet flagship. Samsung Galaxy Tab S8 dengan 3 varian dilaporkan bakal dilancarkan dengan saiz yang berbeza. Namun, ketiga-tiganya bakal dikuasakan dengan cip pemproses yang sama, iaitu Snapdragon 8 Gen1, yang merupakan cip pemproses paling berkuasa keluaran Qualcomm untuk suku pertama tahun 2022.

Samsung Galaxy Tab S8 adalah varian paling rendah dalam ketiga-tiga model ini. Tidak dipasangkan dengan skrin OLED, sebaliknya menggunakan skrin LCD bersaiz 11″. Skrin tablet ini juga dimuatkan dengan teknologi segar semula 120Hz. Bateri sebesar 8000mAh dimuatkan di dalam tablet ini, dan semestinya dicas menggunakan kabel jenis USB-C. Dari segi memori pula, Galaxy S8 mempunyai RAM sebesar 8GB dan dipadankan dengan storan dalama sebesar 128GB atau 256GB. Slot microSD turut disediakan jika pengguna ingin menambah memori luaran. Ukuran tablet ini adalah seperti berikut: 253.8 x 165.4 x 6.3mm.

Seterusnya pula adalah Galaxy Tab S8+, yang merupakan tablet yang sedikit besar berbanding Galaxy Tab S8. Tablet ini menggunakan skrin AMOLED 120Hz bersaiz 12.7″. Bateri sebesar 10,090mAh dimuatkan ke dalam bateri ini. Walaupun kapasiti tablet bateri ini lebih besar, tablet ini direka dengan saiz yang lebih nipis. Ukuran tablet ini adalah 285 x 185 x 5.7mm.

Model yang paling besar dalam ketiga-tiga varian ini adalah Galaxy Tab S8 Ultra yang bersaiz 14.7″, yang menggunakan paparan AMOLED 120Hz. Dari segi bateri, tablet ini dimuatkan dengan bateri sebesar 11,200mAh. Apa yang lebih istimewa adalah, tablet paling besar dalam ketiga-tiga varian ini menawarkan storan sebesar 256GB dan 512GB. RAM sebesar 16GB turut ditawarkan, bagi membolehkan pelbagai kerja berat dalam dilaksanakan dalam satu-satu masa.

Harga jualan dan tarikh pelancaran masih dalam teka-teki. Dan kemungkinan besar tablet ini akan disertakan S Pen, seperti mana yang disertakan bersama Galaxy Tab S7+.

Share this :

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *