XPERT GADGET

TECNO Phantom V Fold: Fon Boleh-lipat pertama keluaran TECNO

Share this :

TECNO adalah ‘pemain’ baru dalam industri telefon pintar ini. Jenama dari China ini mula melebarkan sayap di pasaran tempatan dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Antara strategi TECNO di Malaysia adalah menggunakan wajah Dato Lee Chong Wei sebagai duta TECNO di Malaysia.

Terbaru, jenama ini turut melancarkan fon boleh-lipat pertama mereka, TECNO Phantom V Fold untuk bersaing dengan jenama-jenama terkenal yang lain. Model ini boleh dipra-tempah di Urban Republic melalui laman Shopee dan Lazada bermula 5 Mei 2023 dengan harga serendah RM4999.

Fon boleh-lipat ini menawarkan ciri lipat seakan-akan Honor Magic Vs dan Samsung Galaxy Z Fold4. Skrin yang dibuka sepenuhnya bersaiz 7.85″, dan skrin dilipat menjadi 6.42″. TECNO Phantom V Fold ini turut menawarkan skrin AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz beresolusi 2K+. Skrin fon ini turut dimuatkan dengan teknologi LTPO bagi membantu dalam penjimatan bateri.

Pengguna tidak perlu gusar dengan prestasi fon ini, kerana TECNO Phantom V Fold menawarkan spesifikasi yang mengagumkan. Dikuasakan dengan cip pemproses kelas premium MediaTek Dimensity 9000+ pasti tidak mengecewakan. Storan UFS 3.1 sebesar 512GB digunakan bagi menjamin kepantasan dan prestasi yang mantap. RAM LPDDR5X sebesar 12GB juga digunakan supaya fon berada dalam keadaan prestasi terbaik di samping pelbagai tugas dalam dijalankan dalam satu-satu masa.

Bateri sebesar 5000mAh dimuatkan di dalam fon ini dan dipadankan dengan teknologi pengecasan pantas 45W dengan menggunakan palam pengecas USB-C. Namun, fon ini tidak mempunyai ciri-ciri tambahan seperti pengecasan tanpa wayar mahupun pengecasan tanpa wayar berbalik (reverse wireless charging), disebabkan penawaran harganya yang lebih murah berbanding pesaingnya.

Jika anda ingin menggunakan fon boleh-lipat dengan harga yang jauh lebih murah berbanding Huawei Mate X3 (RM8888), Honor Magic Vs (RM5999), Samsung Galaxy V Fold 4, TECNO Phantom V Fold adalah pilihan yang baik dengan harga yang lebih murah.

Share this :

Leave a Comment

Your email address will not be published.