Xpert Gadget Mobile Phone Repair

Tiada Lagi Penjenamaan ‘Mi’ pada Fon Xiaomi

Share this :

Xiaomi adalah sebuah jenama besar yang sangat berjaya. Syarikat ini bukan sahaja membuat fon, malah turut menghasilkan pelbagai aksesori dan kelengkapan rumah dengan konsep ‘peralatan pintar’. Xiaomi juga mempunyai banyak pengkelasan fon, sehinggakan ramai orang awam keliru dengan penjenamaan ini.

Antara penjenamaan yang telah ditetapkan oleh Xiaomi adalah Redmi, Redmi Note, Mi, dan Mi Note yang begitu mengelirukan. Setiap penjenamaan ini sebenarnya dibuat untuk mengkelaskan fon-fon pada kategori permulaan, pertengahan, pertengahan-premium, dan flagship. Namun, penjenamaan ini sebenarnya amat mengelirukan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang mengambil tahu tentang dunia teknologi.

Misalnya, cukup ramai yang keliru dengan Redmi 10 dengan Redmi Note 10. Walhal, kedua-duanya adalah fon yang berbeza dari segi pengkelasan, harga, dan spesifikasi. Begitu juga dengan Redmi Note 10 Pro dengan Mi Note 10 Pro. 2 jenis fon yang langsung tidak sama, namun sering disalah erti oleh kebanyakan pengguna di luar sana.

Terbaru, Xiaomi telah mengambil keputusan untuk membuang penjenamaan ‘Mi’ pada fon kelas flagship mereka. Sebelum ini, fon-fon flagship Xiaomi diberi nama Mi 8, Mi 9, Mi 10, Mi 11, dan sebagainya. Selepas ini, tiada lagi penjenamaan ‘Mi’. Xiaomi MIX 4 adalah fon flagship pertama yang tidak disertakan dengan penjenamaan Mi, yang mana fon generasi sebelumnya diberi nama Mi MIX Mi MIX 2s, dan Mi MIX 3. Meskipun tiada penjenamaan Mi lagi, penjenamaan Xiaomi masih dikekalkan.

Ini mungkin langkah pertama daripada pihak Xiaomi untuk mengurangkan kekeliruan terhadap produk mereka. Kemungkinan selepas ini, penjenamaan Redmi juga akan diperbaiki bagi mengelakkan kekeliruan, dan mengukuhkan lagi penjenamaan Xiaomi di arena telefon pintar.

Share this :

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *