Xpert Gadget Mobile Phone Repair Specialist

ZTE Blade V40 Vita Bakal Hadir ke pasaran Malaysia

Share this :

ZTE pernah popular satu ketika dahulu dengan penawaran fon kelas permulaan ZTE Blade V7 Lite. Fon ini menawarkan spesifikasi menarik untuk kelasnya, dengan rekaan badan aluminium, dan pengimbas cap jari di belakang yang tidak dapat ditawarkan oleh mana-mana pesaing ZTE. Oleh sebab itu, jualan ZTE Blade V7 Lite ini amat memberangsankan.

Namun, nama ZTE tenggelam setelah disenaraikan dalam ‘Entity Lists’ oleh bekas presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. ZTE senasib dengan Huawei, yang mana mereka tidak lagi dapat berdagang dan membeli komponen daripada syarikat dari AS yang memegang paten teknologi itu. Untuk mengeluarkan ZTE daripada sekatan itu, ZTE telah membayar sejumlah wang yang besar supaya ZTE dapat kembali berdagang seperti biasa. Hasil daripada bayaran ‘denda’ itu, ZTE mula kekurangan modal untuk meneruskan perniagaan. Hasilnya, nama ZTE tenggelam walaupun pernah terkenal dengan model ZTE Blade V7 Lite.

Pun begitu, ZTE kini kembali ke Malaysia dengan penawaran fon kelas permulaan baharu yang agak menarik yang bakal dijual di Malaysia. Fon tersebut adalah ZTE Blade V40 Vita yang bakal dijual di pasaran tempatan pada tanda harga mampu milik RM599.

Apa yang menarik tentang fon ini adalah, fon ini menawarkan spesifikasi yang menarik meskipun rekaannya kelihatan agak ketinggalan 3 tahun ke belakang. Spesifikasi menarik dengan harga yang mampu milik dilihat dapat memberikan saingan sengit secara teorinya dengan jenama seperti Redmi yang sering menawarkan fon dengan harga yang mampu milik.

Secara ringkas, ini spesifikasi utama ZTE Blade V40 Vita:
Cip pemproses: Unisoc T606
Skrin: 6.75″ 90Hz LCD
Bateri: 6000mAh dengan pengecasan pantas 22.5W
RAM: 4GB
Storan dalaman: 128GB UFS 2.2
Sistem operasi: Android 11 dengan MyOS 11
Kamera belakang: 48MP + 2MP + 2MP
Kamera swafoto: 8MP

Share this :

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *