XPERT GADGET MOBILE PHONE REPAIR SPECIALIST
BAIKI IPHONE, IPAD DAN SMARTPHONE
Xpert Gadget Mobile Phone Repair Specialist menggunakan konsep servis baikpulih dan penukaran komponen-komponen budget telefon pintar secara berhadapan atau face to face. Konsep ini bertujuan memberi lebih kepercayaan kepada pelanggan apabila gadget mereka dibaiki di hadapan mereka.
Mari Buat Temujanji Dengan XPERT GADGET
Buat Temujanji
Tahun Pengalaman Membaikpulih Telefon di JB
0
+
Customer Seluruh Malaysia Yang Berpuashati
0
+
Tukar Bateri & Skrin Telefon iPhone & Android
0
Kisah XPERT GADGET Mobile Phone Repair Specialist
Konsep yang kami di Xpert Gadget – Mobile Phone Repair Specialist terapkan adalah servis BAIKPULIH dan PENUKARAN komponen gadget telefon pintar secara berdepan @ Face-to-Face. Para pelanggan kami akan turut diberikan penerangan dan info yang padat berkenaan masalah gadget yang dihadapi dalam tempoh pembaikian dijalankan.
SERVIS XPERT GADGET – PAKAR REPAIR PHONE
Di pusat Xpert Gadget menyediakan pelbagai jenis servis membaiki iphone, ipad, smartphone dan lain lain lagi. Antaranya ialah:
MASALAH BATERI
Xpert Gadget menyediakan perkhidmatan menukar bateri gadget yang baru. Jika anda mempunyai masalah telefon bimbit cepat panas, bateri kembung, telefon bimbit selalu terpadam sendiri atau telefon tidak boleh dihidupkan atau bateri cepat habis serta lain-lain, anda boleh datang repair phone anda di Xpert Gadget JB untuk memeriksa keadaan bateri gadget anda. Mungkin gadget yang perlu menukar bateri yang baru.
MASALAH MOTHERBOARD
Sebenarnya, jika ada gadget yang bermasalah dan rosak tidak bermakna ia tidak boleh digunapakai lagi. Ia mungkin hanya rosak motherboard sahaja. Antara tanda-tanda rosak motherboard ialah charging issues, masalah baseband, iTunes error, sim tidak boleh dibaca dan lain-lain lagi. Jadi, jika gadget anda mempunyai tanda-tanda di atas, anda boleh menukar motherboard gadget anda dengan pakar repair phone JB semestinya dengan Xpert Gadget.
MASALAH SKRIN /LCD
Di Xpert Gadget juga menyediakan perkhidmatan membaiki masalah skrin ataupun LCD. Jadi, jika anda ada masalah gadget skrin pecah, retak, tidak boleh disentuh, paparan tersentuh sendiri, pixel rosak atau skrin bergaris, anda boleh datang ke Xpert Gadget. Penukaran dan servis tukar LCD tak perlu tinggal telefon pun. Dalam tempoh 1 – 2 jam telefon anda dah boleh ambil semula.
MASALAH PERISIAN
Xpert Gadget – Repair phone JB juga mampu menyelesaikan masalah perisian gadget anda. Jika gadget anda mempunyai masalah seperti software problem, sangkut logo, auto restart, anda boleh segera berjumpa specialist di Xpert Gadget untuk membaiki nya.
KEROSAKAN AIR
Gadget anda tiba-tiba terjatuh dalam air? Atau terkena hujan? Jangan risau, anda boleh datang ke Xpert Gadget untuk membaiki telefon. Jangan anda guna hair dryer pula, nanti akan menambahkan lagi kerosakkan gadget anda.
LAIN LAIN MASALAH
Atau anda ada masalah kerosakkan yang lain seperti butang tak boleh nak tekan, speaker pun dah tak kuat & pecah, datang sahaja di Xpert Gadget. Technician repair phone JB kami pasti akan membantu anda sebaik mungkin.
STATISTIK PELANGGAN YANG REPAIR PHONE DI XPERT GADGET
Sepanjang pembukaan Xpert Gadget, pihak Xpert Gadget telah membaiki dan menservis Iphone, Ipad dan Smartphone dengan pelbagai masalah. Rata-rata pelanggan sangat berpuas hati dan mengulang menggunakan perkhidmatan repair phone di XPERT GADGET. Statistik pelanggan di Xpert Gadget ialah 185,410 +++ . Berbekalkan 10 tahun pengalaman, Xpert Gadget mampu membuat ramai pelanggan berpuas hati dengan berbekalkan statistik 57910 +++.
Feedback Pelanggan
XPERT GADGET
Antara feedback dekat social media kami yang sempat kami rakamkan.Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada pelanggan XPERT GADGET – MOBILE PHONE REPAIR SPECIALIST












INFO TERKINI
Di sini juga kami berkongsi sedikit pengetahuan tentang gadget dan sedikit maklumat kepada anda.
Canon Mencari Kerjasama bersama Jenama Telefon Pintar
Car ZEISS adalah jenama terawal yang bekerjasama dengan jenama telefon pintar, iaitu Nokia dalam kerjasama kamera mereka. Kerjasama ini adalah untuk menghasilkan gambar yang lebih cantik dan berkualiti. Nokia Lumia 800c dan Nokia 9 PureView adalah antara model fon Nokia yang pernah menjalin kerjasama dengan Carl ZEISS. Namun begitu, ZEISS dan Nokia secara rasmi sudah tidak lagi bekerjasama setelah bertahun-tahun menjalin hubungan yang baik. Sebaliknya, pada masa ini ZEISS sedang bekerjasama dengan Sony dan vivo. Antara jenama lain yang begitu popular dalam menjalin kerjasama seumpama ini adalah Leica dan Huawei. Imbas kembali pada tahun 2016, di mana Leica telah bekerjasama…
Rupa Paras Honor 90 dan Honor 90 Terdedah. Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi
Mei tahun lalu Honor telah melancarkan siri Honor 70. Siri ini merangkumi 4 model, iaitu Honor 70 lite, Honor 70, Honor 70 Pro, dan Honor 70 Pro+. Namun, hanya Honor 70 yang merupakan peranti kelas pertengahan-premium menembusi pasaran tempatan. Model ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan untuk pasaran Malaysia kerana harganya yang tidak terlalu mahal, rupa paras yang cantik, dan spesifikasi yang amat memuaskan di dalam kelasnya. Bulan November pada tahun yang sama, Honor telah melancarkan siri Honor 80. Siri Honor 80 ini merangkumi Honor 80, Honor 80 SE, Honor 80 GT, Honor 80 Pro, dan Honor 80 Pro Flat.…
HTC Kembali dengan HTC U23 pro
HTC adalah jenama telefon pintar dari Taiwan yang pernah terkenal sekitar lebih 10 tahun lalu. Bahkan, jenama ini lah yang buat pertama kalinya menghasilkan fon Android, malah diberikan kepercayaan oleh Google untuk menghasilkan fon Google Nexus. Segalanya berjalan dengan baik sehinggalah mereka tersungkur kerana tidak lagi mendapat sambutan dan dilihat seperti hidup segan mati tak mahu dalam industri telefon pintar. Lalu mereka fokus pada perniagaan fon kepala VR yang merupakan perniagaan yang sangat kecil dari segi pengguna dan peminatnya. Hasilnya, kali terakhir HTC menghasilkan fon kelas flagship adalah pada tahun 2018, menerusi HTC U12+. Tahun ini seperti tahun-tahun yang lalu,…
TECNO Phantom V Fold: Fon Boleh-lipat pertama keluaran TECNO
TECNO adalah ‘pemain’ baru dalam industri telefon pintar ini. Jenama dari China ini mula melebarkan sayap di pasaran tempatan dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Antara strategi TECNO di Malaysia adalah menggunakan wajah Dato Lee Chong Wei sebagai duta TECNO di Malaysia. Terbaru, jenama ini turut melancarkan fon boleh-lipat pertama mereka, TECNO Phantom V Fold untuk bersaing dengan jenama-jenama terkenal yang lain. Model ini boleh dipra-tempah di Urban Republic melalui laman Shopee dan Lazada bermula 5 Mei 2023 dengan harga serendah RM4999. Fon boleh-lipat ini menawarkan ciri lipat seakan-akan Honor Magic Vs dan Samsung Galaxy Z Fold4. Skrin yang dibuka…
Kenali Canon Powershot V10. Kamera Kompak Sesuai untuk TikTok dan YouTube
Kebanyakan pengguna TikTok di Malaysia masih lagi menggunakan kamera swafoto untuk merekod video TikTok atau membuat siaran langsung (live) di TikTok. Tidak kurang juga, kamera jenis mirrorless turut digunakan disebabkan saiznya yang lebih kompak dan lebih ringan berbanding DSLR untuk membuat kandungan YouTube. Terkini, Canon telah melancarkan kamera kompak Canon PowerShot V10 bagi memenuhi keperluan para TikToker dan YouTuber, sama sekali menyelesaikan masalah kamera yang bersaiz besar. Dengan penggunaan kamera seperti ini, hasil video sudah tentunya menjadi lebih cemerlang berbanding video hasil daripada kamera swafoto telefon pintar sahaja. Canon Power Shot V10 menggunakan sensor kamera CMOS bersaiz 1″ dan dipadankan…
Steve Wozniak Memberi Amaran, Kecerdasan Buatan (AI) akan Membuatkan Jenayah Semakin Meyakinkan
Steve Wozniak, individu yang membangunkan syarikat Apple bersama mendiang Steve Jobs telah memberikan amaran bahawa kecerdasan buatan, atau lebih dikenali sebagai ‘artificial intelligence’ (AI) akan membuatkan jenayah menjadi lebih meyakinkan. Bercakap kepada BBC, beliau menyatakan beliau berasa gusar akan digunakan dengan lebih banyak oleh penjenayah siber bagi tujuan ‘online scam’, dan kegiatan jenayah ini akan menjadi lebih sukar untuk dikesan apabila AI digunakan. Sebagai contoh, terdapat alat AI yang boleh meniru dan mempelajari suara seseorang. Suara yang telah ditiru turut mempunyai intonasi suara yang seakan-akan semulajadi seperti suara manusia bercakap. Justeru, adalah amat sukar untuk mengesan sama ada suara tersebut…
Maklumat Lanjut Cawangan Kami XPERT GADGET
FAQ’s – XPERT GADGET
Berapakah bilangan cawangan Xpert Gadget di Malaysia?
Xpert Gadget Mobile Phone Repair Specialist mempunyai 24 cawangan di Seluruh Malaysia.
Berapa lama gadget akan di repair di Xpert Gadget?
Tidak mengambil masa yang lama kerana gadget pelanggan akan dibaiki terus di hadapan pelanggan. Lebih pantas jika anda membuat temujanji kerana kami boleh memastikan alat ganti untuk phone anda sudah tersedia.
Kenapa Xpert Gadget menjadi pilihan yang utama?
Xpert Gadget yang menyediakan khidmat baikpulih telefon di Malaysia sangat berpengalaman luas selama 10 tahun dalam bidang repair gadget dan kami sangat berpengetahuan luas dalam selok-belok gadget. Ini membuatkan pelanggan sangat mempercayai Xpert Gadget untuk sebarang servis berkaitan telefon.
Betul ke harga servis yang mahal di Xpert Gadget?
Eh siapa yang cakap? Jika anda nak tahu, harga di Xpert Gadget antara harga yang paling murah dan berpatutan. Boleh dikatakan mesra poket tau. Jadi, jom cuba sendiri perkhidmatan di Xpert Gadget. Anda juga boleh hubungi kami untuk mendapatkan anggaran kos pembaikpulih kerosakan telefon anda.