iPhone adalah antara jenama fon yang paling digembar-gemburkan saban tahun. Setiap kali pelancaran iPhone, ia akan menjadi tumpuan dunia dan sering menjadi perhatian tak kira sama ada seseorang itu meminati fon Android atau iPhone. Di sebalik hebatnya kejadian iPhone, mungkin ada beberapa fakta yang anda tidak tahu tentang iPhone.
Menggunakan storan jenis NVMe
NVMe atau nama sebenarnya ‘nonvolatile memory express’ kebiasaannya digunakan pada PC. Tiada fon Android menggunakan storan jenis ini, kerana kebiasaan fon Android terkini menggunakan storan jenis UFS (universal flash storage). NVMe ini digunakan oleh Apple bagi menjamin prestasi dan kelajuan sesebuah iPhone itu.
Pengecasan pantas 27W
Apple tidak pernah mendedahkan berapa kapasiti bateri mereka semasa pelancaran iPhone. Begitu juga dengan pengecasan pantas iPhone 13 Pro ini. Hasil dapatan bukan daripada Apple, iPhone 13 Pro menyokong pengecasan pantas 27W USB Power Delivery, yang mampu memenuhkan bateri dari 0 hingga 50% dalam masa 30 minit.
Apple Pay
Apple Pay adalah sistem pembayaran tanpa tunai yang menggunakan sistem NFC dan terminal perbankan. Konsep Apple Pay ini sama sahaja seperti Samsung Pay yang semakin meluas digunakan di Malaysia. Namun sayang, fungsi Apple Pay ini tidak dikenali di Malaysia kerana fungsi ini masih belum boleh digunakan oleh pengguna iPhone di Malaysia. Dengan hanya membuka aplikasi Apple Pay, pengguna hanya perlu mendekatkan iPhone dengan terminal bayaran di kedai-kedai untuk membuat bayaran tanpa perlu mengeluarkan dompet.