XPERT GADGET

K40 Gaming Edition: Bateri Besar, Audio JBL

Share this :

Kategori ‘gaming phone’ tidaklah besar mana. Fon ini menyasarkan kepada mereka yang gemarkan permainan video tanpa perlu membuka laptop mahupun desktop. Permainan video boleh dimainkan di mana sahaja, asalkan bekalan internet tersedia. Apa yang istimewa, gaming phone ini mempunyai keistimewaan dari segi pengalaman bermain permainan video berbanding fon biasa. Antaranya adalah mempunyai audio yang lebih padu, butang istimewa untuk permainan video, lampu RGB, dan sebagainya.

Antara jenama yang terkenal dengan kategori ini adalah ASUS ROG Phone, Black Shark, iQOO, nubia Red Magic, dan Lenovo Legion. Tidak banyak jenama yang melibatkan diri secara khusus dalam arena gaming phone ini. Terbaru, Redmi yang merupakan anak syarikat kepada Xiaomi bakal melancarkan gaming phone pertama mereka, yang mana sebelum ini, jenama ini hanya mengeluarkan fon biasa sahaja.

Menurut maklumat yang tertiris, Redmi K40 Gaming Edition adalah nama diberi, sebaris dengan keluar Redmi K40 yang dilancarkan pada tahun ini, dengan penambahan fungsi-fungsi permainan video. Rekaan fon ini juga kelihatan ekstrem, sesuai dengan pengkelasan gaming phone. Kemungkinan besar fon ini tidak dikuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 888, sebaliknya hanya dikuasakan dengan cip pemproses MediaTek Dimensity 1200 yang juga berprestasi tinggi, namun masih tidak dapat menandingi prestasi Snapdragon 888.

Dari segi bateri, menurut poster yang tertiris, Redmi K40 Gaming Edition ini dimuatkan dengan bateri sebesar 5065mAh dan dipadankan dengan teknologi pengecasan pantas 67W Mi Turbo Charge, bagi mengoptimumkan pengamalan bermain video tanpa kehabisan bateri, dan bateri dapat dipenuhkan dengan lebih pantas. Apa yang lebih menarik, Redmi bekerjasama dengan JBL untuk menghasilkan pembesar suara stereo yang lebih mantap. Tidak kurang juga, audio fon ini mendapat pengiktirafan Hi-Res Audio, dan turut menyokong Dolby ATMOS.

Sehingga kini, tarikh pelancaran fon ini masih menjadi teka-teki. Namun, Redmi K40 Gaming Edition bakal menemui peminat gaming phone tidak lama lagi, dan tidak dapat dipastikan lagi sama ada fon ini bakal dipasarkan di Malaysia atau sebaliknya.

Share this :

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *