Xpert Gadget Mobile Phone Repair

Motorola frontier bakal menjadi fon pertama dengan kamera 200mp?

Share this :

Pada tahun 2021 yang lalu, Samsung telah pun memperkenal sensor kamera terbaru mereka, iaitu Samsung ISOCELL HP1. Sensor ini bukanlah sebarang sensor, sebaliknya sensor kamera pertama yang mempunyai saiz megapixel sebesar 200MP.

Sejurus selepas itu, timbul khabar angin bahawa Xiaomi adalah jenama pertama yang bakal menjadi jenama pertama yang dimuatkan dengan sensor sebesar 200MP ini. Namun, khabar angin tersebut tidak menjadi khabar nyata, sebalik terus bertiup sebagai khabar angin. Terkini, Motorola dikatakan menjadi pelanggan pertama Samsung yang memborong sensor ISOCELL HP1 ini, apabila sebuah fon yang dipercayai jenama Motorola tertera “200MP HP1” menerusi akaun Weibo.

Kemungkinan fon tersebut adalah fon flagship keluaran Motorola, Motorola Frontier yang dikhabarkan bakal dilancarkan secara rasmi pada Julai 2022. Antara spesifikasi yang dikhabarkan bakal dimuatkan di dalam Motorola Frontier ini adalah:
– Snapdragon 8 Gen1
– 8GB RAM + 128GB ROM / 12GB RAM + 256GB ROM
– Paparan P-OLED dengan kadar segar semula 144Hz
– Bateri 4500mAh
– Pengecasan pantas 125W
– Pengecasan pantas tanpa wayar 50W

Namun, walau apa pun, kamera 200MP bukanlah jaminan untuk sesebuah fon itu menghasilkan imej atau video yang cantik. 200MP memberikan kelebihan dari segi gambar yang tidak pecah, lebih perinci, dan lebih banyak cahaya untuk memasuki sensor. Untuk menjadikan sesebuah gambar itu kelihatan lebih menawan, pelbagai aspek perlu dititikberatkan, antaranya adalah penghasilan warna, pemprosesan imej, dan lain-lain.

Share this :

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *