Xpert Gadget Mobile Phone Repair Specialist

Steve Wozniak

Steve Wozniak Memberi Amaran, Kecerdasan Buatan (AI) akan Membuatkan Jenayah Semakin Meyakinkan

Share this :

Steve Wozniak, individu yang membangunkan syarikat Apple bersama mendiang Steve Jobs telah memberikan amaran bahawa kecerdasan buatan, atau lebih dikenali sebagai ‘artificial intelligence’ (AI) akan membuatkan jenayah menjadi lebih meyakinkan.

Bercakap kepada BBC, beliau menyatakan beliau berasa gusar akan digunakan dengan lebih banyak oleh penjenayah siber bagi tujuan ‘online scam’, dan kegiatan jenayah ini akan menjadi lebih sukar untuk dikesan apabila AI digunakan.

Sebagai contoh, terdapat alat AI yang boleh meniru dan mempelajari suara seseorang. Suara yang telah ditiru turut mempunyai intonasi suara yang seakan-akan semulajadi seperti suara manusia bercakap. Justeru, adalah amat sukar untuk mengesan sama ada suara tersebut adalah suara asli atau suara yang telah ditiru dan dipelajari oleh AI. Alat AI seperti ini berkemungkinan akan digunakan oleh penjenayah siber.

Beliau juga turut berharap alat untuk mengesan janaan AI akan dibangunkan, supaya kita semua boleh membezakan sesuatu perkara itu adalah hasil keluaran daripada AI atau sebaliknya. Dengan keberadaan alat ini, dunia AI sedikit-sebanyak akan menjadi lebih selamat dan mengurangkan kadar jenayah siber.

Steve Wozniak juga merupakan salah seorang daripada 1000 pakar teknologi yang menandatangani memorandum untuk menjeda beberapa alat AI daripada dibangunkan buat masa ini bagi tujuan keselamatan. Elon Musk juga salah seorang daripada 1000 pakar teknologi yang turut menandatangani memorandum tersebut.

Share this :

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *